Monday, 16 April 2012

Alat Permainan

ALAT PERMAINAN
1)Alat permainan bermaksud alat permainan tradisi yang kebiasaannya dimainkan untuk mengisi masa lapang biasanya selepas kerja-kerja menuai padi.
2) wau masih di mainkan di negeri Kelantan, Trg, Kedah, Perlis, Pahang, Selangor dan Johor. Di Malaysia, permainan ini diperkenalkan sejak zamanpemerintahan Empayar Melaka.
3) pelbagai nama wau di negara kita termasuklah Wau Barat, Wau Bayan, Wau Bulan, Wau Burung, Wau Ikan, Wau Helang, Wau Kucing, Wau Merak, Wau Jala Budi, Wau Katak, Wau Puyuh, Wau Sewah, Wau Payang

(a) Alat dan Bahan
Alat       : Pisau raut, parang dan gunting.
Bahan :Buluh, kertas, benang, gam dan kertas warna untuk corak.

(b) Proses Membuat Wau

Proses
Penerangan
1.Proses memilih
buluh
buluh jenis yang kuat, liut dan ringan.
2. Meraut buluh

-proses yg memerlukan ketelitian.
-Bahagian kulit buluh tidak dibuang.
-bilah-bilah buluh di layur pada api sebelum dilentur.
3. Membentuk
rangka

-memerlukan kemahiran. - buluh betung di jadikan tulang kerana ianya kuat.
-buluh perlu ditimbang utk imbangan yg betul.
-Utk membuat sayap dan ekor, gunakan buluh yg mudahdilentur.
Benang yang baik digunakan utk mengikat agar ianya tahan.
4.Proses menampal
kertas dan corak padan rangka

Kertas ditampal pada rangka wau mengikut saiz.
Kertas  drp jenis yg ringan. Kertas warna digunakan untuk membuat warna sebagai hiasan. Corak untuk motif adalah berdasarkan "flora dan fauna.

Gasing
Gasing merupakan jenis permainan tradisi yang popular di negara ini. dimainkan oleh masyarakat melayu sejak zaman dahulu lagi utk  mengisi masa lapang dimainkan  selepas selesai menuai padi dan berkebun.
Permainan gasing  boleh merapatkan persahabatan di antara masyarakat kampong-  permainan gasing sebagai permainan masyarakat.

(a) Jenis-jenis Gasing
Nama dan bentuk - Gasing Lang Laut, Gasing Leper, Gasing Uri dan Gasing Piring
Bahagian gasing  -  Paksi, Temin, Turap Labu, Bahu, Leher, Kepala dan Patak .
jenis gasing - Gasing Pangkah, Gasing Pemusing dan Gasing Hiasan.

(b) Alat dan Bahan
Alat  -  Pembaris, kertas kaca, sesiku, pengarit, tolok luar, jangka lukis, ragum, kikir, berus kikir, gandin, kakak tua, apit, pemutar skru, tukul, gerudi, pelayar, gunting, pahat, andas, kapak, pelarik, gergaji
Bahan - Kayu, timah, besi, plumbum dan loyang.

(c) Proses Membuat Gasing
Proses
Penerangan
1. Memilih kayu

dipilih daripada jenis yang bermutu untuk menjaga kualiti gasing agar tidak pecah.  untuk menjaga ketahanan, kekuatan, kekerasan dan
keliatan.
2.Proses Membakal
Kayu dikerat dan dipotong mirip bentuk kun agar senang apabila proses melarik.
3.Proses melarik

-dilakukan untuk membulatkan, meratakan, menyamakan dan melicinkan gasing.  Kerja-kerja melarik dilakukan menggunakan alat pelarik.
4. Proses simpai

Simpai ialah lingkaran logam yang dipasang pada badan Gasing -  pada bahagian bahu, labu dan patak gasing.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Permataseni00.blogspot.com