1.Tembikar adalah hasil barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat, dibentuk dan dibakar.
2.tembikar yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kegunaan harian.
3.Barangan tembikar yang dihasilkan adalah berbeza dr segi bentuk, corak, dan teknik pembuatan kerana dipengaruhi oleh budaya dan l/ belakang si pembuat.
4.Bentuk tembikar mempunyai persamaan dari segi susunan motif, ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah, dengan permukaan berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap.
5.Tembikar tradisi Melayu menjadi lambang kesenian negara dan menjadi koleksi yg membanggakan.
Alat dan Bahan
Alat : Pisau, penggelek, papan golek, span, gergaji kecil, pengayak, dawai pemotong, kayu pengukur, angkup luar, pinggan, kayu pembentuk, batu sungai, pengguris dan berus
Bahan: Tanah liat
Proses
1. Tanah liat dijemur dan dikeringkan ditumbuk menjadi debu. Ayak debu tanah liat utk mengasingkan batu-batu kecil dan sampah sarap yang terdapat di dalam tanah.
2. Campur debu tanah dengan air dan kacau. Simpan di dalam pasu selama tiga hari.
3. Tanah liat akan mendap. Uli menjadi liut dan lembut.
4. Tembikar boleh dibentuk mengikut kehendak sendiri. Pinggan digunakan untuk proses penyambungan tanah liat yang digelungkan.
5. Bentuk tembikar dari bawah ke atas, tahap demi tahap.
6. Semasa membentuk permukaan, tanah liat ditekan dengan kayu di sebelah dalamnya ditahan dengan tangan. Ini bertujuan untuk menguatkan tembikar.
7. Pisau buluh pula digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar. Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas.
8. Tapak atau kaki tembikar dibuat secara berasingan. Cantuman bahagian badan
dan kepala tembikar siap dibuat semasa tanah liat masih dalam keadaan separuh siap (‘leather hard’).
9. Ragam hias dibuat dengan menggunakan penepek berukir.
10. Tembikar yg siap dibuat akan dijemur sebelum dibakar.
11. Tembikar dikeras secara tanur dedah - dilakukan secara salai
12. Tembikar yang telah siap disalai dimasukkan ke dalam timbunan sekam.
13. Damar disapu di bahagian bawah tembikar bagi mengelakkan tiris.
Teknik Pembuatan:
(a) Teknik picitan
(b) Teknik lengkaran
(c) Teknik kepingan
(d) Teknik Lempar Alin
Jenis Tembikar Tradisional
(a) Labu Gondol atau Labu Air
(b) Labu Kepayang atau Labu Pucung
(c) Labu Gelugur
(d) Labu Tanah
(e) Labu Panai
(f) Labu Kepap
(g) Labu Tela
(h) Labu Leper / Labu Bocong
Reka Bentuk Tembikar Tradisional
1)Reka bentuk tembikar dari luar tidak mempengaruhi teknik pembentukan dan penciptaan tembikar orang Melayu.
2) tetap pada tahap teknologi primitif. Dengan teknik yang serba sederhana, tembikar dibakar dalam suhu biasa tanpa ukuran tertentu.
3)Tukang Melayu dapat melahirkan ciptaan yang unik terutama dari segi rupa bentuk labu dan ragam hias yang mempunyai nilai dan ciri-ciri tersendiri.
4)Dari segi bentuk, telah dapat dikesan tentang kepandaian orang Melayu membentuk dan mencipta, iaitu perkembangan daya fikiran serta tingkat kebudayaan.
No comments:
Post a Comment