Monday 16 April 2012

Anyaman

1.Anyaman merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuang, bilah buluh, rotan, lidi, bertam, paku-pakis ribu-ribu atau bahan-bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik selang-seli helaian antara satu sama lain.

Alat dan Bahan

Alat :Parang, alat jangka, pelurut, tempayan, besen, periuk, penyisip dan pisau kecil
Bahan: Pandan, mengkuang, daun nipah, buluh, paku-pakis, daun serdang, rotan, rumput- rampai dan lidi.

Cara Memproses Daun
Proses
Penerangan
1. Melayur daun
pandan atau
mengkuang
Daun dilayur di atas api sehingga kekuning-kuningan supaya daun menjadi lembut dan tahan lebih lama.
2.Menjangka
daun

Alat jangka ialah sisir kayu atau buluh yg bermata tajam. Jangka digunakan utk membelah daun menjadi bilah-bilah mengikut lebar yg dikehendaki.
3.Melurut
Daun dianginkan selama lebih kurang satu jam.
Daun dilurut dgn menggunakan pelurut. Daun dilurut bagi tujuan melembutkan bilah2 daun utk mengelakkanya drp bergulung
4.Merendam
.

Daun diikat menjadi tongkol-tongkol sebelum direndam. Tongkol-tongkol direndam selama dua hari dua malam utk melunturkan warna asal daun yang hijau itu.  Air rendaman ditukar dua kali sehari. Tongkol daun kemudiannya dibuka utk dicuci dan dijemur sehingga kering. Daun akan bertukar warna menjadi warna putih pasir
5.Pewarnaan daun secara
tradisional

(a) Kuning – kunyit
(b) Jingga dan merah – buah kesumber India
(c) Biru tua dan biru – daun mengkudu
(d) Hitam – buah pokok arang
(e) Hijau – daun bemban
6.Proses mencelup
warna

(a) Panaskan air bersih sehingga mendidih.
(b) Masukkan bahan pewarna.
(c) Masukkan daun yang telah diikat dan biarkan selama lebih kurang setengah jam.
(d) Daun dikeluarkan dan cuci dengan air bersih.
(e) Buka ikatan daun dan jemur di tempat yang teduh sehingga kering
(f) Dilurut daun sekali lagi sehingga lembut.


Teknik dan Proses Anyaman
Proses
Penerangan
1. Lagang
dikenali sebagai proses menaja. Lagang merupakan tulang sesuatu ciptaan anyaman. Ukuran pjg tikar bergantung kepada ukuran lagangnya. Setiap bilah daun dibentuk seperti huruf V di tengahnya, iaitu tempat anyaman dimulakan.
2. Mengayam
-melibatkan tiga langkah. Anyaman tengah dilakukan di tengah / badan sesuatu anyaman di mana daun diselang–selikan secara menegak dan melintang dengan sehelai di atas dan sehelai lagi di bawah.
-Mengepai merupakan proses mematikan tepi anyaman tikar supaya tidak terburai. Anyaman sudut disebut juga sebagai anyaman bucu.
3. Pepeh atau
lepih

Turut dikenali sebagai anyaman mati pada tepi tikar untuk mengakhiri kerja anyaman. Boleh juga dianyam secara berasingan dan kemudian dijahit pada barangan yang dikehendaki.
4. Sisip
.

-dilakukan bagi mengelakkan anyaman daripada terburai. Alat penyisip digunakan. Alat ini diperbuat daripada buluh. Hujung lebihan daun direncongkan untuk memudahkan kerja sisipan
5. Kerat
Pisau kecil yang tajam digunakan untuk memotong lebihan bilah anyaman bagi tujuan kemasan.


Kelarai
1.Kelarai ialah corak atau motif berbentuk dan pada anyaman yang melalui proses tranformasi idea daripada alam semulajadi.
2.Anyaman yang tidak berkelarai disebut anyaman biasa atau ghadas.
3.Anyaman lengkap dihiasi dengan kelarai.
4.Dua jenis warna yang kontra digunakan bagi menunjukkan kesan.
5.Dirancang dgn menggunakan mata atau langkah yang betul dan tepat.
6.Kelarai ini dilakukan serentak dengan proses anyaman.
7.Nama kelerai:
(a) Kelarai berakar              
(b) Kelarai beras patah
(c) Kelarai bunga cengkeh
(d) Kelarai tampu manggis
(e) Kelarai bunga mempelas        
(f) Kelarai anak ikan
(g) Kelarai kepala lalat       
(h) Kelarai mata punai
(i) Kelarai sisik kelah       
(j) Kelarai tapak  harimau





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Permataseni00.blogspot.com