Monday, 16 April 2012

Lukisan

Pengenalan

1.    Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej untuk menghasilkan karya-karya yang lebih kompleks, seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya.
2.     Bentuk-bentuk ini dihasilkan menggunakan media kering seperti pensel, pen, arang, pastel dan sebagainya. Penggunaan warna amat terhad.
3.    Antara pelukis-pelukis terkenal ialah Albrecht Durer dan Leonardo da Vinci yang menggabungkan matematik dan lukisan dalam kajian figura mereka.

Perbezaan Lakaran Lukisan dan Catan
1.    Lakaran – merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta perkembangannya.
2.    Lukisan – merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik menggunakan jalinan, ton, cahaya, ruang dan komposisi.
3.     Catan – merupakan hasil karya 2D dengan penggunaan pelbagai teknik dan bahan pewama seperti cat yang memerlukan bahantara air dan minyak.
4.    Alatan dan bahan lukisan – pensel, pensel warna, arang, krayon, pastel, pen dan dakwat.

Teknik Melukis
1.    . teknik garisan,
2.    . garisan pangkah,
3.    . titik,
4.    . lorekan
5.     campuran.
 
Media Lukisan
1.    Pensel:
·         Dibuat daripada arang dan tanah liat.
Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton.
Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel.

2.    Arang:
·         Asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar.
·         Media yang tertua sekali.
·         Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat.
·         Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam.


Asas Sebelum Melukis
1.    Memilih teknik melukis.
2.    Memahami perspektif dan pengaruh ruang serta cara penimbulan tiga dimensi ilusi. Gunakan tetingkap fokus untuk lukisan pemandangan.
3.    Memilih objek atau terra.
4.    Menentukan cahaya dan sudut pandangan.
5.    Membuat Lakaran objek.
6.    Jenis jenis perspektif ialah perspektif satu titik lenyap, perspektif dua titik lenyap dan perspektif tiga titik lenyap.
7.    Tetingkap Fokus
a.    Merupakan sekeping kad bod yang ditebuk di bahagian tengah.
b.    Tujuannya untuk memfokus sesuatu objek atau benda.
c.    Memilih sudut yang menarik dan indah.
d.    Digunakan untuk melukis di luar studio.


8.    Kemahiran menggunakan bahan penting. Cuba kenali watak dan sifat bahan sebelum melukis:
9.    Pensel H adalah jenis keras dan B adalah jenis lembut. Arang untuk memberi kesan ton gelap dan legap.
10.  Mengetahui asas-asas seni reka untuk mewujudkan komposisi yang balk.
11.  Memahami kesan dan pengaruh cahaya serta bayang terhadap sesuatu     bentuk.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video

Loading...
Copyright© All Rights Reserved Permataseni00.blogspot.com