RSS

Monday, 16 April 2012

Ukiran Kayu

1.Seni ukiran kayu merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yg digunakan utk menghiasi rumah kediaman yg menjadi kebanggaan masyarakat pada zaman dahulu.
2.Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak dan mendpt tempat yg istimewa di kalangan masyarakat
3.Seni ukiran Melayu diperlihatkan pada istana, masjid, rumah, makam, kepala sampan, perabot, senjata dan peralatan untuk kegunaan harian.

Fungsi Ukiran
Seni ukiran kayu berfungsi sebagai hiasan di bahagian-bahagian bangunan, alat kelengkapan dapur, perabot serta peralatan rumah. Contoh
(a) Pintu                    
(b) Siling
(c) Dinding   
(d) Tebar layar
(e) Cucuran atap     
(f) Ambang tingkap
(g) Dinding separuh tingkap
(h) Katil                     
(i) Kerusi                   
(j) Almari

Jenis Kayu untuk Ukiran
 (a) Cengal   
(b) Merbau
(c) Nyatoh     
(d) Jelutung
(e) Berlian 
(f) Jati
(g) Sena

Alat dan Bahan
Alat : Gergaji tangan, cetar, pahat, pisau, kikir, ketam, pengikis,daun mempelas, berus, berus syelek.
Bahan : Kayu

Teknik Mengukir
Teknik
Penerangan
1.Bunga timbul

Dibuat tidak menembusi bahagian belakang dan boleh menggunakan silat atau tidak.
Tidak dapat berfungsi sebagai alat mengaliran udara tradisional. Mempunyai reka bentuk yg indah dan halus seni kraf tangannya.
2.Papan tebuk
dibuat pada papan yg ditebuk. Bentuk ukiran digunakan adalah awan larat, silang, huruf dan reka corak pada bahagian lambar, selasar, bahagian atas pintu dan dinding. berfungsi sebagai alat pengaliran udara secara tradisional. dua jenis papan tebuk papan tebuk silat dan papan tebuk tidak silat.

Proses Mengukir
.1. Pilih kayu ikut  kematangan dan  urat yg cukup pejal.
2. Belah kayu dan biarkan kering.
3. Kayu yang sudah cukup kering dibelah dan diketam.
4. Corak bunga ditekap pada permukaan kayu.
5. Ukiran timbul – bahagian yang hendak dibuang, ditebuk guna pahat.  Ukiran tebuk - bahagian yg hendak dibuang, guna gerudi
6. Ratakan bahagian dasar.
7. Membuat ukiran silat.
8. Corak diukir guna pisau wali.
9. Licinkan ukiran guna  kikir pari.
10. Proses melicinkan ukiran diulang guna daun mempelas dikuti dgn daun lalang kering.
11. Gunakan kiwi kayu, varnis atau syelek bagi tujuan kemasan.

Aplikasi Ukiran Kayu
boleh dilihat pada binaan berikut:
1. Istana Kenangan di Bukit Candan, Kuala Kangsar, Perak.
2. Istana Balai Besar Kedah.
3. Istana Tengku Nik - Muzium Induk Negeri Trg
4. Istana Sri Menanti Negeri Sembilan.
5. Masjid Kampung Keling, Melaka.
6. Rumah-rumah kayu di Perlis – Melaka dan Johor.
7. Istana Jahar – Kelantan.
8. Rumah Pak Ali Gombak Selangor.

Motif Ukiran
1. Itik Pulang Petang          
2. Badak Mudik
3. Kepala Cicak                   
4. Unduk-unduk
5. Kosmos                
6. Geomerti
7. Kaligrafi                
8. Flora

Jenis-jenis Silat
1. Silat Belah Rotan           
2. Silat Minangkabau
3. Silat Serong                     
4. Silat Leper
5. Silat Dada Tuma




AK KENDIRI 6.5

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video

Loading...

News

Loading...
Copyright© All Rights Reserved Permataseni00.blogspot.com