Monday 16 April 2012

Tekat

SENI TEKAT
1.Seni tekat termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang ke atas kain dasar jenis baldu.
2.dikenali dengan nama suji timbul iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji, tetapi suji sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera
3.Sama ada ditekat, disulam atau disuji, ragam hiasnya semua dibentuk dalam keadaan timbul dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur.
4.Kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana.  
5.Negeri seperti Perak, Johor, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan merupakan negeri yang banyak mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas.

Alat dan Bahan
Alat - Pemidang kayu berkaki dan cuban.
Bahan -Benang emas, benang putih, kain dasar
baldu, kertas tebal, gam dan rotan saga.

Proses Menyulam
Proses
Penerangan
1.Proses penciptaan

1)Dimulakan dengan menyiapkan pemidang dengan meregang kain putih,
2) menyediakan mempulur atau isi tekatdari kertas atau rotan sega.
3) proses menyulam/penciptaan tekat dimulakan.
2. Persiapan
pemidang

1)meregangkan kain putih di atas pemidang.
2) Bahagian pinggir/ tepi kain putih yg berukuran panjang persegi dimasukkan batang pinang yang telah dihaluskan. Cara ini dilakukan untuk membuat telinga kain.
3) dr bhgn ini kain putih diikatkan ke bingkai pemidang. Utk menegangkan kain.
4) Di atas kain putih ini kain baldu sebagai dasar dilekatkan dengan menyambat kasar.
3. Membentuk
mempulur

1)Mempulur atau tempulur ialah isi tekat untuk motif dan ragam hias.
2)Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai kertas yang telah dilekat tindih (enam hingga lapan helai bentuk motif dipotong dan diasingkan dari kepingan kertas.
3)Potongan2 mempulur ini dilekatkan di atas kain dasar tekat sebelum proses menyulam benang emas dimulakan.
4. Menyulam

1)Benang emas dari lubang merentasi bhgn batang mempulur dari titik A ke titik B.
Di titik A benang emas akan di tindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum yg sedang matanya.
Jarum yg sederhana matanya disesuaikan dgn lebar batang mempulur.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Permataseni00.blogspot.com