Monday, 16 April 2012

Cetakan


1. Pengenalan

1.    cara menghasilkan karya dengan mencetak cetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin.
2.    Cetakan boleh didefinisikan sebagai proses menekan huruf atau gambar di atas kertas, kain atau bahan lain
3.    Keistimewaan cetakan ialah ia boleh menghasilkan beberapa keeping salinan yang asli.

2. Jenis jenis cetakan

1.    Cetakan timbul – proses membuat cetakan dengan membubuh dakwat pada permukaan tapak cetak yang terdiri daripada blok kayu, lino atau papan
2.    Cetakan benam – dakwat dibubuh ke dalam turisan atau garisan, kertas perlu dilembapkan dahulu sebelum mencetak
3.    Cetakan litografi – menggunakan blok batu kapur, teknik ini berdasarkan penolakan minyak dengan air dan hasilnya seakan-akan lukisan pensel
4.    Cetakan gurisan asid – menggunakan kepingan logam dan asid untuk membentuk jaluran parit
5.    Cetakan saring sutera/stensil – menggunakan pemidang kain sutera dengan menggunakan kaedah potongan kertas pendua, skrin profilem dan skrin foto

3. Kaedah cetakan stensil

1.    Kaedah kertas pendua – imej digunting di atas kertas pendua
2.    Kaedah profilem – filem laker diguna untuk membentuk corak/motif, seterika diguna untuk melekatkan filem laker pada pemidang
3.    Kaedah skrin foto – menggunakan filem asetat dan foto emulsi, dihasilkan melalui proses dedahan cahaya lampu (250W – 500W) atau cahaya matahari

4.cetakan blok - imej pada blok cetakan disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas

5.cetakan lino - Gambar boleh diukir di permukaan lino, papan ‘strawboard’ / ‘polyfoam’. Kemudian, bahan warna disapukan di atas permukaan dan dicetak atas kertas



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video

Loading...
Copyright© All Rights Reserved Permataseni00.blogspot.com