Monday 16 April 2012

Membentuk dan Membuat Binaan

PENGERTIAN AKTIVITI
1)menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.
2)pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model.
3)mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan.
4)memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan,

9 aktiviti membentuk dan membuat binaan :
(a) Arca timbul
(b) Arca asemblaj
(c) Arca mobail
(d) Arca stabail
(e) Model
(f) Diorama
(g) Boneka
(h) Topeng
 (i) Origami

5) memberi peluang kepada pelajar membuat rujukan kepada objek sebenar.
6) memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna.

Aplikasi Alat, Bahan dan Teknik

1)proses menjadikan objek itubersifat tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrit tiga dimensi ini adalah
2)bagaimana untuk menstrukturkan reka bentuk disamping memerhati dan meneliti sfera-sfera objek yang akan dibuat.
3)menentukan rangka dan rupa bentuk melalui pertimbangan permukaan2 yg terlibat, ketinggian, kelebaran, berat dan garis luar objek.
4)bentuk konkrit akan di asaskan berdasarkan bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini kepada objek realiti.


MENENTUKAN TEMA ATAU HAL BENDA
tema atau hal benda yang penting:

a) Alam Semulajadi dan Objek Persekitaran
menjadikan objek2 alam semulajadi ciptaan Tuhan sebagai sumber utama menghasil karya. objek persekitaran pula,- objek buatan manusia(objek domestic) seperti meja,cawan, piring, pinggan senduk, pisau,

(b) Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis
1) melalui Pengalaman hidup
2) teori- teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran status-quo pelukis.
3)Imaginasi memandu pelajar atau si pelukis ke arah yang lebih kreatif dan melampaui batas2 kebiasaan dalam berkarya.
4)( Frued), perasaan dalaman inilah yang menjadi motivasi atau penggerak minda dalam berkarya.

(c) Aliran dan Tema Sejagat
Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia.
.
Contohnya, membuat wau lazimnya dikaitkan dengan unsur kosmos seperti bulan, matahari bintang. Dari idea yang berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. Jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan Wujudnya ‘Non-objective Art’, ‘Minimal Art’  adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar dan sanggup menerima rintangan.


(d) Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian
Ciptaan cawan, sudu, senduk, periuk dan alat-alat domestik adalah asas ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Pada bidang yang lebih besar, manusia mencipta dan membuat kipas, dan objek-objek gunaan lain yang
mewatakkan keperluan asas sebuah masyarakat dan negara.  idea datang dari soal desakan untuk mengguna disamping mengatasi sebarang kesulitan mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang dapat memanfaatkan manusia dan  pencipta itu sendiri. Semakin aktif dan proaktif
seseorang manusia itu mencipta objek semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya.

PERKEMBANGAN DAN PENGHALUSAN IDEA
(a) Pemerhatian dan Kajian Visual
1)boleh berlaku dari kesedaran kualiti tampak yang tinggi  melalui kajian yang terperinci mengenai alam dan fenomenanya.
2)Frank Barron dan Irvin Child – seseorang artis mempunyai keupayaan tinggi untuk melihat, memerhati, mentafsir dan mengurus maklumat visual berbanding bukan artis.
3)Norman Meier (1930) -  bahawa artis boleh menyelesaikan pelbagai kemahiran kemahiran seni
4)  J. P. Guilford, artis dapat menyesuaikan diri dan menggunakan media biasa.

(b) Perubahan Cara Bekerja
1) seseorang artis  perlu mengubah dari kaedah bertumpu, kpd kaedah bercapah utk mendapatkan kelainan cara.
2)Kaedah percubaan yang tidak putus-putus akan mencernakan lebih banyak idea dan menjana dapatan yg lebih unik dan berketerampilan.

(c) Penerokaan Simbol dan Makna
1) pelukis tidak seharusnya duduk diam. Dia harus cuba dan terus mencuba. Penerokaan yang tidak henti-henti akan menemukan dapatan yang lebih kreatif dan bermakna. Amalan penyelesaian masalah, penemuan dapatan baru akan lebih hasil/karya yg lebih bermakna.

PENENTUAN ALAT DAN BAHAN
Selain daripada alatan dan bahan yang telah dinyatakan  bahan2 lain ialah;
1. bahan terbuang yang diguna pakai semula;
2. benda2 drp alam sekitar spt buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya;
3. benda2 buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak-kotak, tisu, gam dan sebagainya; dan
4. bahan-bahan terbuang drp buatan manusia spt kaki kerusi yg patah, papan ygg telah terendam


Bagaimanakah cara member kesedaran bahawa idea dan kreativiti ada fungsi dan makna ini dapat dilakukan? Dgn
1. memerhati, mengenali dan memahami bentuk dan ruang objek;
2. memerhati dan menyentuh bentuk benda alam dan benda buatan manusia;
3. memerhati dan menyatakan perbezaan dan persamaan sifat bahan melalui deria pendengaran;
4. memerhati pelbagai jenis bentuk barangan buatan manusia untuk kegunaan harian, permainan dan peragaan; dan
5. memerhati dan memahami bahawa sesuatu objek itu memenuhi ruang sebenar.

CARA MEMBENTUK DAN MEMBUAT
BINAAN
1. mengenalpasti bahagian2 yg terdpt dlm sesuatu binaan;
2. mengetahui bagaimana bentuk ttentu dicantumkan bagi menghasilkan objek;
3. mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan;
4. menggunakan alat dan bahan pengolahan reka bentuk;
5. menghasilkan jenis2 bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi pergerakan;
6. menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan;
7. membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar;
8. memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan;
9. berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olahan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan;
10. menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya;
11. menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan; dan
12. mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut fungsi.

PERSEMBAHAN HASIL KERJA
(a) Ekspresi Diri
Karya yg  cemerlang dari segi kualitatif dan kuantitatif mempunyai ciri-ciri yang berikut:
1. Bentuk binaan menepati  tema dan tajuk.
2. Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan.
3. Jika arca, pastikan ia kuat, kukuh dan selamat.
4. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik dan strategik.
5. Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen.
6. Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.
7. Untuk arca yang menggunakan tapak, pastikan ia kuat, selamat dan kukuh.
8. Asli, unik dan berketerampilan dari segi dapatan.

(b) Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik
asasnya ia berkaitan dengan:
1. Kesesuaian tajuk, tema dan teknik yang dikaitkan dengan pemilihan alat dan bahan.
2. Membuat thumbnail print’ sebagai tindakan mengawal dan mengawas urusan membuat. Segala lakaran ini mengambil kira dr segi kesesuaian objek.
3. Sesuatu perkembangan (‘progress’) kerja dikawal selia mengikut keperluan bahan dan alat yg menjadikan urutan kerja berjalan lancar
dan terancang.
4. Pilih teknik membuat.- topeng misalnya, kaedah tampalan paling dominan dan sesuai.  lakukan pemeringkatan penghasilan topeng ini dengan teliti dan teratur.
5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib.
pahat utk menghasil arca luakan berasaskan kayu perlu diawasi dari cara memegang, pilihan saiz pahat, arah pergerakan mata pahat disamping kekuatan dan kadaran pukulan berbantukan tukul kayu.
6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering kali diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik.
7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik-manik seringkali menjadi pilihan untuk dijadikan kemasan akhir produk. - keserasian bahan penyudah atau bahan kemasan untuk penampilan yang anggun.
8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat.

(c) Apresiasi Secara Mudah
1. Tajuk dan tema yang sesuai.
2. Alat dan bahan yang sesuai dalam proses membentuk.
3. Proses stailisasi, menambahbaikan dan adaptasi.
4. Pilihan reka bentuk warna dan padanan imej.
5. Kesesuaian secara keseluruhan.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Permataseni00.blogspot.com