Monday 16 April 2012

Batik

BATIK
1.Batik merupakan sejenis kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mewarnakan kain.
2.Batik terkenal dianggap bidang kraf tangan tradisional yang unggul.
3.Batik tradisi dan moden mempunyai corak yang sesuai dengan cita rasa dan perkembangan kesenian Malaysia.
4.kaedah membuat batik - Batik tulis, batik lukis dan batik canting
5.Pada tahun 1970-an teknik ini telah diterapkan dalam kaedah membuat skaf, kain selendang dan baju kurung.
6.Kinipenggunaannya telah diperluaskan dalam bentuk dimensi baru semakin digemari oleh peminat fesyen kerana corak batik dapat dipadankan mengikut peredaran zaman.

Alat dan Bahan
Alat -Canting, pemidang kayu, berus, dapur atau plat pemanas, periuk dan bekas besar.
Bahan -Kain putih, campuran lilin, pewarna, pemati warna, debu soda dan pelembut kain/fabrik.

Proses Membuat
1. Kain yang telah dibasuh (untuk membuang kanji) dikeringkan dan diregangkan pada pemidang kayu.
3. Motif dan corak dilakar dgn menggunakan pensil.
4. Bahan campuran lilin dipanaskan dengan suhu yang sederhana (lilin paraffin 60% + damar 40%).
5. Canting yang berisi lilin panas (cair) digunakan untuk melakar di atas permukaan fabrik.
6. Bahan warna disapu pada motif.
7. Fabrik dibiarkan sehingga kering, kemudian disapu dengan pemati warna (sodium silikat) dan dibiarkan selama 8–12 jam atau direndam dalam cecair yg sama dgn tempoh yg sama ditempat yg terlindung.
8. Fabrik yang telah dimatikan warna dibasuh dengan air ‘lalu’ atau air mengalir.
9. Fabrik seterusnya direbus di dlm air panas yg telah dicampur dgn sedikit debu soda (soda ash) sehingga lilin tanggal.
10. Fabrik dicuci dan dibilas dengan menggunakan air biasa sebelum dijemur sehingga kering.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Permataseni00.blogspot.com