Sunday 15 April 2012

Menggambar

Untuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar.

ASAS-ASAS MENGGAMBAR
Kanak2 dpt :
1) menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri.
2)berkembang  dari aspek psikomotor dan emosi  dan keperluan fisiologi dak psikologi
3), mengalami pengalaman langsung dengan derianya mengenai subjek atau hal benda  utk memahami sesuatu idea dan menghubungkaitkan antara satu idea dengan idea yang lain atau dengan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran.
4) membina idea baru dari benda konkrit.
5) membuka peluang untuk kanak-kanak membuat hubungkaitan yang bermakna, mengembangkan imaginasi, fantasi, kreativiti dan ekspresi diri.

ALAT DAN BAHAN
1)ialah seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel, krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus.
2)Media untuk menggambar terdiri  :
i)media kering adalah seperti pensel, pen, pensel warna, krayon, arang lilin dan ‘comte’.
ii)Media basah terdiri daripada cat air, cat poster, cat minyakdan cat akrilik.
3)Permukaan utk catan -  kertas, kad, papan, tikar, kanvas
4) Alat-alatan dan perkakas lain adalah seperti palet, kain pengelap, bekas berus, ‘easel’ atau kekuda dan alat ‘masking’.

PERSEMBAHAN HASIL KARYA

Ekspresi Diri
1. Pilih objek atau susunan objek yang sesuai dan menarik.
2. Tentukan sudut pandangan, komposisi, perspektif, ton, bentuk dan pencahayaan yang terlibat.
3. Pilih media yang sesuai dengan pilihan kertas.
4. Lakarkan garisan datar titik lenyap.
5. Bahagikan ruang tertentu bagi objek2 dlm lukisan.
6. Lukis lakaran kasar objek-objek.
7. Gunakan teknik yang sesuai untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk dan ruang serta bayang (chiarascuro).
8. Perincikan bahagian2 objek yg dijadikan fokus supaya membentuk jalinan dan ton yang berkesan.

Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik
panduan :
1. perlu memahami dan mengetahui alat, bahan dan teknik - asas yang paling penting  menggambar - memudahkan proses mengekspresi diri.
2. perlu membuat tinjauan, pemerhatian atau melihat kerja melukis oleh tokoh-.
3. telah mengeksplorasikan alat dan bahan mengikut teknik yang berkaitan dengan jenis gambar yang bakal dibuat sebelum menggambar.
4. menguasai kefahaman dalam beberapa kriteria di bawah untukmendapatkan sentuhan gambar yang amat menarik dan bermakna:
  i) asas senireka
  ii)perspektif
  iii) teknik memilih sudut pandangan
                          iv)teknik menngukur objek mengikut kadar
5. menguasai dan mengaplikasikan kemahiran ilusi menggambar utk mempraktikkan penguasaan dengan lebih mudah dan berkesan.
6. perlu memilih sudut pandangan serta aspek-aspek pecahan ruang yang sesuai dalam kerja menggambar.
7. perlu mendapatkan ukuran yang tepat kerana ia menjadi kriteria penting dan menarik



Apresiasi dalam Bidang Menggambar
 Bertanyakan soalan-soalan berikut untuk lebih menghargai sesuatu karya.
1. Apakah hasilan karya yang anda buat yang menepati unsur-unsur seni reka?
2. Sejauh manakah unsur2 seni reka tadi dpt diselaraskan dengan prinsip- prinsip rekaan dalam konteks menggambar?
3. Bagaimanakah penggunaan alat dan media dapat mewujudkan suasana gambar yang menepati nilai estetika dan etika?
4.. Adakah teknik yang digunakan tepat dan betul berasaskan alat dan bahan yang diaplikasikan?
5.. Berdasarkan tajuk karya, bagaimanakah ianya memenuhi hasilan karya yang berjaya? Kalau tidak berjaya, apakah saranan anda utk mempertingkatkan kualitinya?
6. Rumus dari dapatan secara keseluruhan. Berjayakah pelukis itu menampilkan hal benda (subject matter) seperti yang ingin diutarakan berdasarkan tema dan konsepnya?
Jika ya, beri ulasan. Jika tidak, beri maklumat sokongan utk mempertingkatkan lagi kualiti karya.
7. Adakah pelukis berjaya membawa mesejnya?, sejauh manakah mesej ini berjaya ditampilkan?
8. Akhirnya, adakah alat dan bahan yang digunakan itu menggambarkan suatu penemuan baru dari segi teknik dan konsep? Adakah pelukis ini masih terikut2 gayaan/ stail pelukis-pelukis yg sedia ada?






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Permataseni00.blogspot.com